Written by 7:37 am Badminton, Malaysia

Kejohanan Dunia BWF: Soon Huat-Jemie Lai Bertemu Beregu Campuran No.1 Thailand Di Suku Akhir

Beregu campuran bebas (independent) negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai muncul satu-satunya wakil Malaysia yang lolos ke peringkat suku akhir kategori ini dalam Kejohanan Dunia BWF 2021.

Pasangan yang menghuni ranking ke-14 dunia ini mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan beregu Hong Kong, Yeung Ming Nok dan Ng Tsz Yau di peringkat Pusingan 16 yang berlangsung awal pagi tadi waktu Malaysia.

Soon Huat-Jemie Lai memenangi pertarungan tiga set ini dengan keputusan 21-8, 19-21 dan 21-19 dalam tempoh masa 51 minit beraksi di atas gelanggang.

Sementara itu, cabaran besar bakal diharungi oleh pasangan ini apabila perlu berhadapan dengan beregu campuran Thailand yang menduduki ranking pertama dunia, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai di peringkat suku akhir.

Sebagai rekod, kedua-dua pasangan beregu campuran ini pernah bertemu 13 kali. Bagaimanapun, 3 pertemuan akhir yang berlangsung pada tahun ini dimenangi kesemuanya oleh Dechapol-Sapsiree.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 3,652 times, 1 visits today)
Close