Artikel

Kejohanan Dunia BWF: Zii Jia Masuki Kelompok 8 Terbaik, Antonsen Pencabar Seterusnya

Jaguh badminton perseorangan lelaki ngera, Lee Zii Jia tidak berhadapan masalah menjinakkan pemain veteran Denmark untuk mara ke suku akhir Kejohanan Dunia BWF 2021.

Pemain yang dimaksudkan ialah Hans-Kristian Solberg Vittinghus (ranking ke-21 dunia) yang berusia 35 tahun ketika Zii Jia turun beraksi di Pusingan 16 yang berlangsung awal pagi tadi waktu Malaysia.

Zii Jia yang diletakkan sebagai pemain pilihan keenam untuk menjuara kejohanan ini berjaya menyingkirkan Vittinghus dengan keputusan 21-15, 15-21 dan 21-10 dimana pertarungan ini memakan masa hampir satu jam.

Sementara itu, pemain Denmark yang menduduki ranking ketiga dunia, Anders Antonsen, berusia 24 tahun menjadi pencabar Zii Jia yang seterusnya di peringkat suku akhir.

Sebagai rekod, Zii Jia pernah berentap dengan pemain ini sebanyak tiga kali dan hanya satu kemenangan sahaja berhasil diraih ke atas Antonsen setakat ini.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

komen