Written by 4:38 pm Bola Sepak, Malaysia

Piala AFF 2020: Aspek Bertahan Indonesia Ke-2 Terbaik Kumpulan B – Mampukah Dibolosi Penyerang Malaysia?

Selepas mengharungi tiga perlawanan di kejohanan Piala AFF Suzuki 2020, Indonesia yang akan menjadi lawan Malaysia pada Ahad nanti meletakkan diri mereka sebagai pasukan kedua terbaik daripada segi aspek bertahan.

Berdasarkan statistik, Indonesia bukan sahaja merekodkan bolos kurang berbanding Malaysia tetapi turut mengungguli dalam beberapa aspek bertahan seperti ‘tackles won’ dan ‘duels won’

Baca: Bahagian Serangan Indonesia Paling Tajam Kalangan Kumpulan B

Persembahan terbaik Indonesia ketika bertahan dapat dilihat semasa mereka menentang Vietnam baru-baru ini. Skuad garuda yang dibimbing oleh Shin Tae-yong berhasil mengekang Vietnam daripada menjaringkan sebarang gol.

Perkara ini perlu diambil serius oleh barisan serangan Malaysia memandangkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe ini tidak mempunyai pilihan selain menang ketika menentang Indonesia pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B sekiranya mahu layak ke saingan kalah mati.

Mampukah pemain-pemain di barisan serangan seperti Safawi, Luqman Hakim, Arif Aiman, Shahrel Fikri, Syafiq Ahmad, Guilherme de Paula serta Faisal Halim menembusi benteng seterusnya merobek gawang Indonesia?

Featured Image: AFF Suzuki Cup

(Visited 249 times, 1 visits today)
Close