Written by 3:31 pm Badminton, Malaysia

‘Perlu Lebih Konsisten Untuk Jadi Beregu No.1 Malaysia’ – Ong Yew Sin

Pasangan beregu lelaki bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berjaya mencipta rekod mara ke peringkat separuh akhir di Kejohanan Dunia BWF buat pertama kali dalam karier mereka.

Bagaimanapun, perjalanan mereka di pentas tersebut terhenti di situ sahaja selepas terpaksa akur kalah ‘straight set’ kepada beregu Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi pada sabtu lalu.

Walaupun perjalanan mereka terhenti di situ sahaja, persembahan dan usaha ditampilkan Yew Sin-Ee Yi tetap mendapat pujian majoriti penyokong dan peminat badminton tanah air lebih-lebih lagi mereka bukan berada di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bergerak secara bersendirian.

Pemenang pingat bagi kategori beregu lelaki di Kejohanan Dunia BWF 2021

Peningkatan mendadak prestasi semasa Yew Sin-Ee Yi terutamanya pada tahun ini membuatkan sebahagian penyokong dan peminat percaya beregu No.12 dunia ini dapat memintas gandingan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik untuk muncul sebagai pasangan beregu lelaki No.1 negara.

“Kami perlu lebih konsisten kalau mahu menjadi beregu (lelaki) No.1 Malaysia kerana bukan mudah untuk menjadi (pasangan) beregu terbaik dalam mana-mana negara,

“Kami perlu lakukan persiapan dengan lebih baik, berlatih dengan lebih bersungguh-sungguh untuk itu.” kata Yew Sin.

Sebagai rekod, ketika beraksi di pentas Kejohanan Dunia BWF 2019, Yew Sin dan Ee Yi yang ketika itu masih di bawah naungan BAM hanya mara sehingga ke Pusingan 32.

Mereka ditumpaskan oleh pasangan beregu berpengalaman merangkap pemenangan pingat perak Sukan Olimpik 2016, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong.

(Visited 1,071 times, 1 visits today)
Close