Written by 4:37 pm Badminton

Ranking BWF: Ong Yew Sin & Teo Ee Yi Hampiri Kelompok 10 Beregu Terbaik Dunia

Kemaraan beregu lelaki bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi ke pentas separuh akhir Kejohanan Dunia BWF 2021 berhasil memperbaiki ranking dunia mereka.

Menerusi kemaskini terbaru di laman sesawang BWF, pasangan beregu yang berusia 26 dan 28 tahun masing-masing ini telah merekodkan kenaikan satu anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-11 dunia.

Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin

Kemaskini terbaru itu turut menunjukkan dua lagi pasangan beregu lelaki negara turut mencatatkan kenaikan satu anak tangga.

Goh V Shem dan Tan Wee Kiong yang bergandingan buat kali terakhir di kejohanan dunia ini menghuni ranking ke-13 dunia sementara Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin pula menduduki ranking ke-17.

Sementara itu, pasangan beregu utama lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang mara sehingga ke peringkat suku akhir kejohanan yang sama pada minggu lalu kekal berada di tangga ke-7 dunia.

Featured Image: Badminton World Federation

(Visited 9,087 times, 1 visits today)
Close