Written by 2:29 pm Bola Sepak, Malaysia

TMJ Beri 4 Sebab Mengapa Bojan Hodak Sesuai Kendali Harimau Malaya

Tersingkirnya skuad Harimau Malaya di peringkat kumpulan dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 telah menimbulkan polemik dan kritikan yang hebat daripada majoriti penyokong bola sepak tempatan.

Sebahagiannya mahu melihat ketua jurulatih skuad kebangsaan dipegang oleh Tan Cheng Hoe pada ketika ini diberikan kepada jurulatih luar negara seperti mana Vietnam dan Indonesia menggunakan khidmat Park Hang-seo dan Shin Tae-yong yang berasal daripada Republik Korea.

Bercakap mengenai khidmat jurulatih luar negara, bekas penyerang Harimau Malaya, Hairuddin Omar berkongsikan bahawa pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkap bekas presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau dikenali sebagai TMJ pernah berkongsikan calon pilihan baginda untuk mengemudi skuad kebangsaan.

Bojan ketika berperanan sebagai Ketua Jurulatih JDT.

Ketika berbicara mengenai perkara itu, baginda memilih ketua jurulatih yang berjaya membimbing Kuala Lumpur City FC (KL City) menjulang Piala Malaysia baru-baru ini, Bojan Hodak merangkap bekas jurulatih skuad bawah 19 tahun (B-19) negara.

“Suatu waktu dulu, aku pernah borak santai dgn TMJ, aku dah lupa tahun bila. Masa tu aku diberi ruang mengadap TMJ atas urusan PFAM (Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia) di JB.

“Masa tu baginda baru sahaja gugurkan Bojan Hodak and Nenad Bacina daripada team JDT selepas JDT champion (menjuarai) Liga Super untuk pertama kali.

“Aku tanya baginda siapa yang Tunku akan sign (tandatangan) jika Tunku berpeluang  manage (urus) national team (skuad kebangsaan). Baginda menjawab baginda akan lantik Bojan Hodak sebagai coach (jurulatih) national team (skuad kebangsaan).

Bojan bersama Hairuddin ketika membimbing skuad kebangsaan B-19

“Aku tanya kenapa Bojan sedangkan Tunku sediri pun buang Bojan daripada coaching team (barisan kejurulatihan) JDT. Baginda jawab di JDT kami ada filosophy of play (falsafah permainan). Game play (corak permainan) Bojan tidak suit (sesuai) dengan philosophy (falsafah) JDT.

“Tapi utk national team (skuad kebangsaan) baginda merasakan coach Bojan lebih sesuai kerana ada beberapa perkara yang pada pandangan baginda national team (skuad kebangsaan) akan berjaya dan improve (meningkat) di bawah kendalian Bojan, antaranya,”

  1. Bojan sudah kenal dan tahu kualiti pemain tempatan kita.
  2. Bojan sudah tahu tahap/kualiti  pemain dan pasukan-pasukan negara serantau.
  3. Bojan sudah faham sosiobudaya Malaysia.
  4. Bojan tahu macam mana nak menang lawan dengan pasukan serantau ASEAN.

 Begitulah antara perkongsian oleh Hairuddin menerusi satu hantaran di lama sosialnya, semalam. Untuk rekod, Hairuddin pernah menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan skuad kebangsaan B-19 yang dipimpin oleh Bojan Hodak suatu masa dahulu.

Sebagai tambahan, Bojan yang berusia 50 tahun turut mempunyai pengalam membimbing Kelantan pada tahun 2012-2013 selain daripada JDT (2014-2015) dan skuad kebangsaan B-19 (2017-2019).

Featured Image: Football Association of Malaysia

(Visited 24,115 times, 1 visits today)
Close