Written by 12:51 pm Badminton, Malaysia

Roslin Hashim Saran BAM Serap Semula Gandingan Yew Sin-Ee Yi

Bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim menyarankan gandingan bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi diserap kembali oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menurut laporan Sinar Harian, Roslin melontarkan pandangan sedemikian selepas pasangan beregu No.11 dunia ini menampilkan keputusan yang positif dalam beberapa kejohanan yang disertai pada tahun ini.

Pencapaian terbaik mereka pada tahun ini adalah muncul pemenang pingat gangsa dalam Kejohanan Dunia BWF 2021 yang berlangsung di Huelva, Sepanyol pada minggu lalu. 

Roslin Hashim

“Jika dulu mereka dikeluarkan daripada BAM sebab prestasi kurang memberangsangkan. Jadi saya kira mungkin mereka boleh diserap semula selepas menampilkan prestasi menakjubkan sehingga memperoleh gangsa Kejohanan Dunia baru-baru ini.

“Sebab saya lihat kehadiran semula Yew Sin dan Ee Yi ini mampu memperkuatkan barisan beregu negara, ditambah pula sekarang Rexy Mainaky yang ditugaskan untuk memantau beregu negara.

“Jika mereka kembali ke BAM, ini akan mewujudkan suasana positif yang mana barisan pemain beregu negara akan dapat rakan sparring terbaik, sekali gus mampu menaikkan lagi kualiti sedia ada,” katanya seperti dilaporkan oleh portal akhbar tersebut.

Antara pencapaian lain, pasangan ini turut mara ke pentas separuh akhir di Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2021 dan Kejohanan Indonesia Masters 2021.

Untuk makluman semua, gandingan Yew Sin-Ee Yi yang berusia 26 dan 28 tahun ini digugurkan oleh BAM pada awal tahun lalu sebelum bergerak secara bersendirian sehingga ke hari ini.

Featured Image: Badminton Photo

(Visited 226 times, 1 visits today)
Close