Written by 12:39 pm Bola Sepak, Malaysia

‘Dimana Sahaja Saya Bekerja, Saya Beroleh Kejayaan’ – Reaksi Bojan Apabila Dikaitkan Untuk Bimbing Harimau Malaya

Jurulatih kelahiran Croatia, Bojan Hodak tidak terkejut apabila namanya dikaitkan untuk membimbing skuad kebangsaan Malaysia atau dikenali sebagai Harimau Malaya.

Menurut laporan oleh Nadi Arena, jurulatih berusia 50 tahun ini memberikan reaksi sedemikian berdasarkan kepada pelbagai kejayaan yang diraihnya mengemudi beberapa kelab di rantau asia tenggara dalam tempoh sedekad ini.

Ditambah pula dengan kejayaan Bojan membawa skuad ibu kota, Kuala Lumpur City (KL City) menjulang Piala Malaysia pada bulan lalu.

“Saya tidak fikir ini merupakan satu kejutan kerana saya miliki musim yang baik bersama KL dan pada akhirnya, sebelum ini saya bekerja skuad B-20 (dan) beberapa kelab lain,

“Dimana sahaja saya bekerja, saya beroleh kejayaan. Jadi, saya tidak fikir ada sesiapa yang mempunyai pelbagai kejayaan dengan pasukan yang berbeza di rantau (asia tenggara) ini.

“Ini merupakan satu kebiasaan dan bukannya satu kejutan,” kata Bojan menerusi satu klip video temu ramah yang dikongsikan oleh laman sosial Astro Arena.

Sebagai rekod, Bojan pernah terlibat bersama 7 buah pasukan di rantau asia tenggara sebagai ketua jurulatih. Antaranya, UPB-My Team, Phnom Penh Crown, Kelantan, Johor Darul Ta’zim, skuad Malaysia B-20, PSM Makassar dan KL City.

Bersama 7 buah kelab ini, Bojan telah menghadiahkan kejuaraan Liga Kemboja (2011), Liga Super Malaysia (2012,2014), Piala FA (2012,2013), Piala Malaysia (2012,2021), Piala Sumbangsih (2013,2015) dan Kejohanan Remaja AFF B-19 (2019).

Featured Image: Malaysian Football League

(Visited 12,007 times, 1 visits today)
Close