Written by 3:57 pm Bola Sepak, Malaysia

Bekas Pemain JDT, Fazly Mazlan Tambahan Baharu Bek Kiri Selangor

Jendela perpindahan kali ini menyaksikan Selangor mendapatkan seorang lagi bek kiri bagi mengukuhkan barisan pertahanannya untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.

Pertahanan yang menjadi pilihan skuad Red Giants itu adalah merupakan bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Fazly Mazlan yang berusia 28 tahun.

Menurut makluman rasmi oleh Selangor, pemain kelahiran Klang ini diikat dengan kontrak selama dua tahun sekaligus menyaksikan pemain ini akan menyarung jersi Merah Kuning sehingga tahun 2023.

Kedatangan Fazly dijangka memberikan saingan sengit untuk merebut posisi bek kiri daripada pemain berusia 23 tahun iaitu R. Dinesh. 

Sepanjang musim 2021, Selangor dilihat bergelut untuk mencari pemain yang konsisten untuk beraksi di posisi bek kiri terutamanya selepas Dinesh mengalami kecederaan pada awal musim lalu.

Oleh sebab demikian mereka terpaksa mempertaruhkan beberapa nama seperti Zikri Khalili, Jordan Ayimbila, K. Prabakaran dan termasuk Syahmi Safari.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

(Visited 309 times, 1 visits today)
Close