Written by 2:51 pm Badminton, Malaysia

Perseorangan No.1 Malaysia, Lee Zii Jia Kekal Bersama BAM

Pemain badminton perseorangan lelaki nombor 1 negara, Lee Zii Jia dimaklumkan kekal bersama badan induk, Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Semalam, tersebar mengenai khabar angin bahawa juara All England 2021 merangkap pemain No. 7 dunia ini akan meninggalkan BAM dan bergerak secara bebas (independent).

Bagaimanapun, Setiausaha Agung BAM, Dato’ Kenny Goh tampil menafikan mengenai perkara tersebut menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini. 

“Saya telah bercakap kepada Zii Jia, dia langsung tidak menyedari khabar angin mengenai dirinya untuk keluar daripada BAM.

“Kesungguhan dan visinya kekal sama sebagai pemain perseorangan lelaki utama negara. Dia fokus 100% terhadapa Paris 2024.” kata Kenny.

Untuk makluman semua, menurut laporan media, khabar angin mengenai Zii Jia untuk keluar daripada BAM itu turut disertai dengan satu tawaran tajaan lumayan yang berjumlah RM4 juta.

Featured Image: Badminton Photo

(Visited 1,891 times, 1 visits today)
Close