Written by 2:40 pm Asia, Bola Sepak

Makan Konate Kembali Ke Liga Indonesia Bersama Persija Jakarta

Pemain tengah kelahiran Mali, Makan Konate memilih untuk kembali ke saingan Liga Indonesia setelah dilepaskan oleh Terengganu FC awal Disember lalu.

Pemain berusia 30 tahun ini disahkan menjadi milik Persija Jakarta apabila diperkenalkan secara rasmi oleh pasukan berkenaan pada minggu ini.

Selama semusim bersama Terengganu, Konate berhasil meraih 20 penampilan, menjaringkan satu gol serta mencipta 6 ‘assist’. 

Pada masa yang sama, dia turut membantu pasukan berpangkalan di pantai timur ini menduduki tangga keempat Liga Super serta mara ke separuh akhir saingan Piala Malaysia.

Bagaimanapun, khidmat Konate tidak dilanjutkan oleh Terengganu dan menyebabkan dia mencari pasukan baharu dan Persija Jakarta atau pasukan yang dikenali sebagai Macan Kemayoran ini menjadi pilihannya.

Sebagai rekod, sebelum menyertai Terengganu pada awal 2021, Konate telah beraksi dengan pelbagai pasukan dalam saingan Liga Indonesia seperti Persebaya Surabaya, Arema, Sriwijaya dan Persib Bandung.

Featured Image: Persija Jakarta

(Visited 2,389 times, 1 visits today)
Close