Artikel

127 Perlawanan Piala MFL 2023 Disiarkan Secara Langsung Di Youtube

Teka-teki mengenai siaran langsung melibatkan kejohanan bawah 23 tahun anjuran Malaysian Football League (MFL) iaitu Liga Simpanan atau Piala MFL terjawab.

Badan penganjur kejohanan tempatan itu memaklumkan 127 perlawanan bagi edisi sulung kejohanan terbabit akan disiarkan secara langsung di Youtube di saluran Malaysian Football League bermula hari ini (Khamis, 2 Mac).

MFL dalam kenyataannya, inisiatif yang dilaksanakan ini adalah untuk membolehkan peminat-peminat bola sepak tanah air dapat mengikuti perkembangan saingan Piala MFL.

Lebih-lebih lagi ianya dibarisi generasi pemain seterusnya untuk diserapkan ke dalam skuad Liga Super.

Untuk makluman semua, MFL memperkenalkan saingan Liga Simpanan atau Piala MFL ini sebagai medan persaingan kepada pemain-pemain berumur 23 tahun bagi mendapatkan lebih banyak minit permainan dan pendedahan dalam aksi kompetitif.

komen