TMJ Kongsikan Shane Akan Bergandingan Bersama Mauricio & ‘Budak’ Wolves Ganti Hariss
May 20, 2021 Hafizuddin Omar

Pengarah Sukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Martin Prest mengesahkan skuad Harimau Selatan telah mendapatkan khidmat pertahanan baharu kelahiran Australia, Shane Lowry secara ‘free transfer’ pada jendela perpindahan pertengahan musim, hari ini.

Menurut makluman daripada pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ berkongsikan bahawa kemasukan pertahanan berusia 31 tahun yang pernah beraksi dalam saingan Liga Inggeris tersebut untuk digandingkan bersama Mauricio dos Santos dalam saingan AFC Champions League (ACL) bermula hujung jun nanti.

Shane ketika bersama pasukannya sebelum ini, Al Ahli yang beraksi dalam Liga Qatar,

Selain itu, Shane juga akan menjadi ‘backup plan’ kepada JDT untuk saingan Liga Malaysia yang akan kembali pada julai kelak sekiranya pertahanan tonggak, Mauricio ditimpa kecederaan.

“(Shane) partner dengan Mauricio untuk ACL. Apabila liga bermula dia (Shane) back up Mauricio incase/jikalau ada apa apa berlaku atau kecederaan kita masih ada foreign defender.” kongsi baginda di ruangan komen akaun Instagram JDT.

Tangkap layar komen yang ditinggalkan oleh TMJ

Sementara itu, baginda turut memaklumkan kekosongan pemain tengah bertahan yang ditinggalkan oleh bekas kapten, Hariss Harun akan diisi dengan pemain muda Wolverhampton Wanderers B-23, Nathaniel Shio Hong Wan yang beraksi dalam kancah Premier League 2.

Pemain kacukan China-Malaysia yang dilahirkan di England itu bakal menginjak usia 21 tahun pada ogos nanti. TMJ memaklumkan pemain ini akan didaftarkan sebagai pemain tempatan sekaligus dapat menjimatkan kuota pemain import asean.

Nathaniel Shio Hong Wan mempunyai pertalian darah negeri Johor menerusi ibunya yang lahir di Tangkak.

“(Nathaniel Shio) Hong Wan from Wolverhampton report untuk tempat Hariss sebagai local

Tambah baginda lagi, pemain sayap lincah kelahiran Argentin yang memegang passport Iraq, Gonzalo Cabrera pula akan dinaturalisasikan dan boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan pada tahun 2022.

“Gonza tahun depan local player.” tulis baginda ringkas. 

TMJ turut mendedahkan perancangan terbaharu skuad Harimau Selatan. Pada penghujung tahun ini, seorang lagi pertahanan kelahiran Sepanyol yang beraksi dalam saingan La Liga serta memiliki passport negara asia bakal menyarung jersi Merah Biru.

Komen