Skuad kebangsaan, Harimau Malaya turun menentang pasukan yang berada di ranking ke-148 dunia, Kuwait dalam satu perlawanan latihan yang berlangsung di 7he Sevens Stadium, Dubai, semalam.
Perlawanan yang dilangsungkan secara tertutup tersebut berakhir dengan pasukan Kuwait meraih kemenangan 4-1 ke atas skuad Harimau Malaya. Gol-gol pasukan Kuwait dijaringkan oleh Ahmad Aldhefeery (21′), Fahad Alhajeri (55′), Shabaib Alkhaldi (61′) dan Fahad Al-Alabraim (68′).
Berdasarkan tinjauan di alam maya, keputusan tewas 4-1 sememangnya meresahkan para penyokong skuad kebangsaan tetapi bolos tiga gol berpunca daripada kesilapan di bahagian bek kiri yang dimainkan oleh Corbin-Ong dan Syahmi Safari mencetuskan perbincangan yang hangat.
Manakala, satu lagi gol dan gol terakhir yang dijaringkan Kuwait berpunca daripada situasi sepakan percuma berdekatan kotak penalti pada babak kedua. Sementara itu, gol tunggal skuad Harimau Malaya dijaringkan oleh pemain naturalisasi terbaharu, Guilherme de Paula (28′) selepas menyudahkan hantaran Corbin-Ong dari sebelah kiri.
Bagaimanapun, keputusan perlawanan latihan ini tidak memberikan apa-apa kesan terhadap pungutan mata untuk ranking dunia setelah kerana kedua-dua ketua jurulatih Malaysia dan Kuwait bersetuju untuk menjadikan ianya sebagai perlawanan tertutup.
Seterusnya, Harimau Malaya yang dibimbing oleh Tan Cheng Hoe dijadualkan mengharungi satu perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 pada jumaat ini bertemu pasukan di tangga ke-99 dunia, Bahrain.
Anda boleh menonton highlight bagaimana Harimau Malaya bolos 4 gol di tangan Kuwait pada pautan di bawah:
Featured Image: Football Association of Malaysia