Kante Makan Nasi Lemak Lauk Ayam Masak Merah Sebelum Lawan Man City
May 27, 2021 Hafizuddin Omar

Menu nasi lemak bukan menjadi satu kesalahan untuk dimakan oleh pemain bola sepak profesional. Bahkan menu yang menjadi kegemaran majoriti penduduk Malaysia itu turut dimakan oleh pemain bola sepak terkenal, Ngolo Kante.

Menerusi satu laman sosial milik restoran masakan ala Malaysia yang berpangkalan di London, Tukdin Flavours of Malaysia berkongsikan pemain tengah Chelsea terbabit telah datang untuk menjamu selera di situ.

Tangkap layar hantaran laman sosial akaun Restoran Tukdin
Kante di hadapan Restoran Tukdin
Bergambar kenangan bersama Kante

“Kante menikmati nasi lemak kosong dan ayam masak merah sebelum terbang ke perlawanan akhir Champions League. Selamat maju jaya Kante.” tulis akaun media sosial restoran tersebut.

Difahamkan Kante menikmati juadah nasi lemak tersebut sebelum menyertai pasukannya terbang ke Portugal (hari ini) bagi mengharungi aksi terakhir saingan Liga Juara-Juara UEFA bertemu Manchester City.

Perlawanan akhir tersebut akan berlangsung di Estadio do Dragao, Porto dengan sepak mula dijadualkan pada jam 3 pagi pada hari ahad waktu Malaysia.

Untuk rekod, Chelsea menempah tiket ke perlawanan akhir setelah berjaya menumpaskan wakil Sepanyol, Real Madrid dengan keputusan 3-1 secara agregat.

Untuk pengetahuan semua, Kante yang berusia 30 tahun merupakan anak kepada pasangan yang berasal dari benua afrika, Mali. Bagaimanapun, ibu bapa telah berhijrah dan Kante dilahirkan di Paris.

Oleh sebab itu, Kante boleh mewakili skuad Les Bleus sehingga bergelar juara Piala Dunia 2018.

Komen