Apa Nasib Kedah & Terengganu Setelah Singapura Tarik Diri Sebagai Hos Piala AFC 2021?
May 27, 2021 Hafizuddin Omar

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) memaklumkan telah memberitahu Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bahawa mereka menarik diri daripada menjadi hos kepada pertandingan Piala AFC 2021.

Makluman tersebut dinyatakan menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh laman sesawang badan induk bola sepak negara tersebut, hari ini.

Untuk makluman, FAS sepatutnya menjadi tuan rumah bagi aksi Kumpulan H dan I melibatkan pasukan dari Malaysia, Vietnam, Indonesia termasuk Singapura sendiri. Ia dijadualkan berlangsung bermula 26 jun sehingga 6 julai kelak.

Alasan mereka menarik diri adalah disebabkan oleh situasi yang tidak menentu pandemik Covid-19 pada ketika ini. Keputusan ini diambil bagi memastikan kebaikan para pemain, pegawai dan penduduk tempatan.

Penarikan FAS menimbulkan tanda tanya tentang negara manakah akan menjadi tuan rumah kelak?

Untuk pengetahuan semua, tahun ini terdapat dua wakil Malaysia yang akan bersaing dalam kancah Piala AFC.

Pertamanya, Kedah Darul Aman selaku naib juara Liga Super 2020 yang telah diundi dalam Kumpulan H bersama-sama Lions City Sailor (Singapura), Persipura Jayapura (Indonesia) dan Saigon FC (Vietnam).

Keduanya, Terengganu yang merupakan pemenang tempat ketiga Liga Super yang telah diundi dalam Kumpulan I bersama-sama Geylang FC (Singapura) dan Kaya FC (Filipina).

Setakat ini, pihak AFC mengesahkan menerima permohonan FAS menarik diri daripada menganjurkan saingan untuk Kumpulan H dan I. Badan induk bola sepak asia tersebut akan membuatk pengumuman lanjut dalam masa terdekat.

Featured Image: AFC Cup

Komen