Dua kesilapan individu menjadi punca kekalahan skuad Harimau Malaya ketika berhadapan dengan pasukan Bahrain dalam aksi perlawanan persahabatan ‘Tier 1’ di Stadium Nasional Bahrain, Riffa pada tengah malam tadi.
Dua gol yang dijaringkan oleh Bahrain berpunca daripada kesilapan Irfan Zakaria memberikan sepakan penalti pada babak pertama dan kesilapan Farizal Marlias yang gagal menampan bola dengan kemas pada babak kedua.
Kedua-dua gol oleh Bahrain dijaringkan oleh Mahdi Abduljabbar dan Jassim Marhoon. Berikut adalah rating pemain-pemain Harimau Malaya ketika menentang Bahrain:

GK: Farizal Marlias – 6/10
Farizal menjaga gawangnya dengan baik sepanjang perlawanan namun kesilapan individu yang dilakukannya menyebabkan pemain Bahrain dapat menggandakan kedudukan. Ianya berpunca daripada tindakannya tidak menampan bola dengan kemas.
DF: Matt Davies – 7/10

Rajin melakukan overlapping dalam perlawanan ini. Membentuk gandingan baik bersama Sumareh ketika melakukan serangan. Satu gerakannya berhasil masuk ke dalam kotak penalti dan melepaskan rembatan.
DF: Aidil Zafuan – 7/10
Memimpin benteng Harimau Malaya dengan baik termasuk melakukan terjahan-terjahan bersih ke atas pemain Bahrain. Bergandingan dengan baik bersama Junior pada babak kedua.
DF: Irfan Zakaria – 4/10
Bermain pada babak pertama dan persembahannya boleh dikatakan agak baik. Namun kelihatan sedikit gugup ketika menerima bola. Tindakan kurang cermatnya menyebabkan pasukan lawan berjaya meraih penalti dan berhasil menjaringkan gol pendahuluan. Dikeluarkan pada awal babak kedua.
DF: Corbin-Ong – 5/10

Beraksi dengan baik di bahagian defensif namun tidak banyak membantu ketika menyerang menerusi gerakan overlapping sepertimana yang sering kita lihat sebelum ini.
MF: Azam Azih – 6/10
Berperanan sebagai holding midfielder. Separuh masa pertama menjadi ‘anchor’ buat pasukan Malaysia. Azam dikeluarkan pada minit ke-64 bagi mengelakkan mengutip kecederaan yang lebih serius.
MF: Liridon Krasniqi – 7/10
Menjadi ‘creative midfielder’ buat pasukan Malaysia. Matdon sebab utama bahagian tengah Malaysia nampak hidup dan pergerakan bola Malaysia sangat lancar terutamanya pada babak pertama.
MF: Syamer Kutty – 5/10
Bermain dengan baik bersama Azam Azih pada Liridon pada babak pertama. Selepas kemasukan Brenda pada separuh masa kedua, Syamer beraksi di posisi pemain tengah defensif.
FW: Safawi Rasid – 4.5/10
Bermain bahagian kanan pada babak pertama dan kiri pada babak kedua. Tiada gerakan atau larian yang berbahaya daripadanya pada malam ini apatah lagi rembatan ke arah gawang lawan.
FW: Syafiq Ahmad – 5/10

Rajin membantu ketika ‘build up play’ namun kurang mendapat suapan bola. Hanya mendapat dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol namun gagal menyempurnakannya. Dia dikeluarkan pada minit ke-64.
FW: Mohamadou Sumareh – 5/10
Bermula di sebelah kiri dan kemudiannya ‘swap position’ dengan Safawi. Persembahannya lebih dominan di bahagian kanan ditambah pula dengan sokongan yang baik daripada Matt Davies. Bagaimanapun tiada sebarang impak besar diberikan kepada serangan Harimau Malaya.
Pemain Gantian
DF: Junior Eldstal – 5/10
Masuk menggantikan Irfan Zakaria pada minit ke-49 dan bergandingan dengan baik bersama Aidil.
MF: Brendan Gan – 5/10
Masuk minit ke-64 ganti Azam Azih namun tidak banyak yang disumbangkannya.
FW: Norshahrul Idlan Talaha – 4/10
Masuk minit ke-64 menggantikan Syafiq Ahmad dan tidak memberikan impak yang besar. Satu peluang ketika situasi kelam kabut di hadapan gol Bahrain tidak disudahkan oleh Matyo.
FW: Arif Aiman – n/a
Masuk menggantikan Liridon pada minit ke-82.
FW: Akhyar Rasid – n/a
Masuk menggantikan Mohamadou Sumareh pada minit ke-82.
FW: Luqman Hakim – n/a
Masuk menggantikan Safawi Rasid pada minit ke-82.
Featured Image: Football Association of Malaysia
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!