Terkini: Argentina Disingkirkan Sebagai Hos Copa America Selepas Colombia
May 31, 2021 Hafizuddin Omar

Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) memaklumkan Argentina digantung daripada menjadi hos kejohanan Copa America.

Keputusan itu dibuat oleh badan induk bola sepak benua terbabit selepas melihat situsasi semasa penularan mendadak pandemik Covid-19 di Argentina, kebelakangan ini.

Makluman tersebut disampaikan oleh CONMEBOL menerusi satu ciapan daripada akaun rasminya, hari ini.

Minggu lalu, CONMEBOL telah membuat keputusan untuk menyingkirkan tuan rumah bersama, Colombia selaku negara hos kerana alasan yang sama.

Dengan penyingkiran kedua-dua negara ini sebagai hos bagi pertandingan Copa America 2021, CONMEBOL dikhabarkan sedang menilai tawaran negara lain yang berminat untuk menganjurkan kejohanan ini.

Untuk makluman, sepak mula perlawanan pertama dijadualkan berlangsung dalam tempoh sekitar dua minggu sahaja lagi iaitu pada 14 jun hadapan.

Featured Image: CONMEBOL

Komen