Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ambil maklum mengenai penarikan diri 3 buah pasukan dari Australia menarik diri daripada kejohanan AFC Champions League (ACL) 2021, pada hari ini.
Tiga buah pasukan tersebut ialah Sydney, Melbourne City dan Brisbane Roar. Sydney FC merupakan ahli Kumpulan H sementara Melbourne City dan Brisbane Roar masing-masing berada di peringkat ‘play-off’ dan ‘preliminary round’.
Perkembangan ini dimaklumkan sendiri oleh AFC menerusi satu siaran media yang dikeluarkan tengah hari tadi.
Badan induk bola sepak asia ini berkata akan merujuk perkara ini kepada Jawatankuasa AFC dan akan memaklumkan sebarang keputusan lanjut dalam masa terdekat.
Untuk makluman, wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di Kumpulan G bersama-sama Nagoya Grampus, Pohang Steelers dan Ratchaburi.
Featured Image: AFC Champions League