Selepas berkelana di saingan Liga Australia, pemain naturalisasi kebangsaan, Liridon Krasniqi akan menuju ke saingan Liga Thailand pula selepas daripada ini.
Perkara ini disahkan sendiri oleh pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ).
“Liridon (Krasniqi) kami akan pinjamkan dia ke Thailand.” katanya dalam sesi Nindia Bola bersama Hafizal Hamad dan Zulhemi Zainal Azam di platform Instagram sebentar tadi.
Setakat ini, ianya masih diperingkat rundingan bersama sebuah kelab namun baginda sendiri tidak dapat berkongsikan pasukan manakah yang akan mendapatkan khidmat Liridon secara pinjaman tersebut.
Untuk rekod, awal februari lalu, pemain kelahiran Kosovo ini dipinjamkan kepada Newcastle Jets yang beraksi dalam saingan A-League.
Dan pada pertengahan mei lalu, Newcastle Jets mengumumkan Liridon mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan tersebut.
Featured Image: FAM