Artikel

ACL 2021: JDT Senaraikan De Paula, Ketepikan Gonzalo Cabrera

Juara Liga Super tujuh kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) menyenaraikan 30 pemain yang dibawa mengharungi saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2021 secara berpusat di Thailand bermula 22 jun nanti.

Berdasarkan senarai tersebut, skuad yang terkenal dengan julukan Harimau Selatan ini turut menyenaraikan penyerang naturalisasi yang diikatnya baru-baru ini, Guilherme de Paula.

Paling mengejutkan adalah ketiadaan nama pemain sayap lincah, Gonzalo Cabrera. Ini merupakan kali pertama pemain yang mempunyai passport Iraq ini tidak disenaraikan oleh JDT sejak beraksi dalam kancah ACL bermula tahun 2019.

Senarai 30 pemain untuk mengharungi saingan ACL 2021 – Grafik: Johor Southern Tigers

Bagi mencukupkan kuota empat pemain asing sebagaimana yang dibenarkan oleh penganjur kejohanan, JDT menyenaraikan Leandro Velazquez dan pertahanan Australia, Shane Lowry disamping Bergson da Silva dan Mauricio.

Sementara itu, kelibat pertahanan skuad kebangsaan, Shahrul Saad juga tidak akan kelihatan memandangkan dia masih berada dalam tempoh pemulihan selepas dilaporkan ditimpa kecederaan.

Bagi saingan ACL kali ini, JDT telah diundi bersama-sama Nagoya Grampus, Pohang Steelers dan Ratchaburi dalam Kumpulan G.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

komen