Pemain Kacukan Jerman-Malaysia Akui Pernah Berbincang Bersama Perak
June 18, 2021 Hafizuddin Omar

Pemain kacukan Jerman-Malaysia, Armin Maier mengakui telah mengadakan perbincangan bersama pasukan Perak sebelum ini.

Malahan pemain tengah berusia 23 tahun ini telah ke Ipoh untuk bertemu ketua jurulatih, Chong Yee Fatt dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak bagi membincangkan mengenai kontraknya.

Armin mendedahkan perkara berkenaan apabila ditanya mengenai samada dirinya pernah mendapat tawaran daripada pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia.

“Apa yang boleh saya cakap saya telah berada di sana dan berbincang dengan baik bersama jurulatih dan CEO. Tetapi saya fikir kita semua tahu situasi semasa Perak.”

“Apa pun, mereka adalah sebuah kelab yang besar dan saya mendoakan mereka semua lakukan yang terbaik.” kongsinya menerusi Instagram Story peribadinya.

Pada musim 2020, pemain yang dilahirkan di Singapura ini bermain bersama pasukan simpanan, Selangor 2 yang beraksi dalam saingan Liga Premier.

Armin menyarung jersi No.31 ketika bermain dalam satu ‘Training Match’ bersama JDT

Sebelum itu, Armin pernah menjalani latihan bersama skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) pada tahun 2019.

Untuk makluman, pemain yang cukup selesa di posisi pemain tengah No.6 dan No.8 ini pernah bermain bersama skuad Young Lions yang beraksi dalam kancah Liga Singapura.

Pada usia 21 tahun, Armin yang merupakan kacukan menerusi bapa kelahiran Jerman dan ibunya yang mempunyai susur galur darah Malaysia bertindak melepaskan passport Singapura untuk kembali bersama keluar di Jerman.

Featured Image: Instagram Armin Maier

Komen