Artikel

Euro 2020: Republik Czech Tumpaskan Belanda Yang Terpaksa Beraksi Dengan 10 Pemain

Republik Czech mencipta kejutan menumpaskan juara Kumpulan C, Belanda dengan skor 2-0 pada aksi pusingan ke-16 Euro 2020 di Stadium Ferenc Puskas, awal pagi tadi.

Republik Czech mengambil peluang menjaringkan gol menerusi Tomas Holes (68’) dan Patrick Schick (80’) setelah Belanda terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain sahaja selepas Matthijs de Ligt dilayangkan kad merah pada minit ke-55.

Ianya gara-gara pertahanan berusia 21 tahun itu cuba mengeluarkan bola menggunakan tangan.

Belanda yang beraksi dengan 10 pemain sehingga tamat perlawanan nyata menghadapi kesukaran untuk melakukan kebangkitan bagi mengatasi Republik Czech.

Kedudukan 2-0 tersebut kekal sehingga pengadil perlawanan meniup wisel menamatkan perlawanan.

Untuk rekod, Republik Czech mara ke pusingan ke-16 kejohanan kali ini sebagai salah sebuah daripada empat pasukan terbaik yang menghuni tempat ketiga pada peringkat kumpulan.

Kemenangan ini melayakkan Republik Czech mara ke aksi suku akhir dalam saingan Euro 2020. Menanti mereka di peringkat tersebut ialah Denmark.

Featured Image: Euro 2020

komen