Benjamin Mora: Cuaca, Padang Yang Teruk, Layangan Kad Seawal Minit Ketiga…
June 29, 2021 Hafizuddin Omar

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) menyatakan terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dikawal oleh pasukannya ketika menentang wakil Republik Korea, Pohang Steelers dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2021, semalam.

Dalam perlawanan tersebut, JDT tumpas dengan jaringan besar iaitu 1-4 kepada Pohang Steelers. Lebih malang, tiga daripada empat jaringan tersebut terhasil daripada sepakan penalti oleh pasukan lawan.

“Ada banyak perkara dalam bola sepak yang kita tidak dapat kawal… kita tidak dapat kawal cuaca, padang yang teruk, layangan kad seawal minit ketiga kepada pemain pertahanan tengah saya dan seumpamanya.” katanya menerusi laman sosial JOHOR Southern Tigers, hari ini.

Dua daripada sepakan penalti tersebut terhasil pada babak pertama dan memberikan Pohang mendahului 2-1 pada ketika itu. Memasuki babak kedua, JDT tampil dengan lebih agresif untuk memburu jaringan penyamaan bagaimanapun peluang yang terhidang gagal dimanfaatkan sepenuhnya.

Sementara itu, Pohang berhasil menambah dua lagi gol ketika di penghujung babak kedua menerusi situasi permainan terbuka dan satu lagi sepakan penalti sekaligus menamatkan perlawanan dengan jaringan 1-4.

https://sukanz.com/2021/06/29/rating-sukanz-tindakan-kurang-cermat-di-dalam-kotak-punca-jdt-tumpas-kepada-pohang-steelers/

“Kami mempunyai beberapa peluang dan kami tidak menyudahkannya. Tetapi pada saya perkara yang paling penting adalah usaha para pemain. Saya perlu memantau pemain selepas hari ini kerana sudah tiga perlawanan yang memenatkan.”

“Sebilangan besar dari mereka keletihan dan kami akan fokus pada pemulihan.” tambah jurulatih kelahiran Mexico ini lagi.

Untuk makluman, JDT akan menghadapi lawan yang sama pada perlawanan keempat peringkat Kumpulan G pada khamis ini dengan sepak mula pada jam 6 petang.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

Komen