Tiada nama penyerang Liverpool, Mohamed Salah dalam senarai 22 pemain yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) untuk beraksi dalam acara bola sepak lelaki temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Selain penyerang berusia 29 tahun tersebut, nama pemain tengah Arsenal, Mohamed Elneny turut tidak tersenarai dalam skuad bimbingan Shawky Gharieb. Sebelum ini, Salah dan Elneny merupakan dua nama yang dicanang-canang untuk mengisi kuota pemain lebih umur bagi skuad Mesir.

Sebaliknya, Mesir menyenaraikan Mohamed El Shenawy (penjaga gol, 32 tahun), Mahmoud Hamdy atau dikenali sebagai El Winsh (pertahanan tengah, 26 tahun) serta Ahmed Hegazi (pertahanan tengah, 30 tahun) bagi mengisi kuota pemain lebihan umur.
Senarai pemain ini telah diumumkan secara rasmi oleh EFA pada sabtu lalu. Menurut makluman EFA, semua pemain akan mula berkumpul pada hari khamis ini.
Berikut adalah senarai penuh pemain skuad Olimpik Mesir 2020:

Featured Image: EFA