Artikel

JDT ‘Teguk’ 100PLUS Selama Tiga Tahun Setengah

Gergasi bola sepak negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan jenama minuman isotonik No.1 Malaysia, 100PLUS menjadi rakan rasmi pembekal isotonik kepada skuad Harimau Selatan.

Perkembangan itu dimaklumkan menerusi laman sosialnya, Johor Southern Tigers selepas JDT dan Fraser & Neave (F&N) bersetuju untuk menjalinkan kerjasama selepas tiga tahun setengah.

Menerusi kerjasama ini, JDT memaklumkan, “F&N juga mempunyai hak penjualan dan distribusi di Stadium Sultan Ibrahim yang ikonik, perjanjian pertama seumpamanya dalam bolasepak Malaysia.”

Tambahnya lagi, “minuman F&N boleh didapati di kesemua perlawanan dan aktiviti yang berlangsung di ‘Home of the Southern Tigers’.”

Untuk makluman semua, sebelum ini JDT telah mengumumkan kerjasama dengan beberapa buah jenama antarabangsa seperti Nike, Hublot, SWAG dan Subway.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers & 100PLUS

komen