Artikel

Euro Seterusnya Bakal Berlangsung di Jerman

Kejohanan bola sepak eropah atau dikenali sebagai Euro untuk edisi berikutnya akan dilangsungkan di Jerman pada tahun 2024.

Juara tiga kali Euro ini telah dipilih oleh Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan telah diumumkan pada tahun lalu.

Sebanyak 10 lokasi telah diumumkan untuk menjadi venue bagi melangsungkan kejohanan ini.

Lokasi-lokasinya adalah Olympiastadion (Berlin), Stadium Cologne (Cologne), BVB Stadion Dortmund (Dortmund), Arena Dusseldorf (Dusseldorf), Arena Frankfurt (Frankfurt), Arena AufSchalke (Gelsenkirchen), Volksparkstadion Hamburg (Hamburg), Stadium Leipzig (Leipzig), Arena Munich (Munich) dan Arena Stuttgart (Stuttgart).

Untuk pengetahuan semua, sembilan daripada sepuluh venue yang dinyatakan diatas merupakan venue yang pernah digunakan semasa Jerman menjadi tuan rumah bagi kejohanan Piala Dunia 2006.

Setakat ini, UEFA belum mengumumkan venue bagi perlawanan akhir Euro 2024.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Jerman menjadi tuan rumah bagi kejohanan Euro sebagai sebuah negara yang bersatu. Sebelum ini, mereka pernah menjadi penganjur pada edisi 1988 namun sebagai Jerman Barat.

Dengan pengumuman ini, skuad kebangsaan Jerman mendapat slot kelayakan ke kejohanan ini secara automatik.

komen