Usain Bolt Yakin Rekodnya Tidak Akan Dipecahkan Pada Sukan Olimpik 2020
July 15, 2021 Hafizuddin Omar

Bekas pelari pecut Jamaica, Usain Bolt, yakin rekod yang diciptanya dalam acara 100m dan 200m tidak akan dipecahkan pada temasya Sukan Olimpik kali ini.

Bolt merupakan pemegang rekod dunia bagi acara 100m dengan catatan masa 9.58 saat serta acara 200m dalam tempoh masa 19.19 saat. Kedua-dua rekod tersebut dicipta oleh Bolt dalam Kejuaraan Dunia Atletik IAAF 2009.

https://twitter.com/WorldAthletics/status/1162407460092690434?s=20

“Saya sangat yakin,” kata Bolt semasa sesi Instagram Live bersama @olympics baru-baru ini.

Menjelaskan perkara tersebut, Bolt tidak mengatakan rekod tersebut tidak boleh dipecahkan.

Namun bagi bekas pelumba yang berusia 34 tahun ini, dia tidak melihat barisan pelari yang bakal mengambil bahagian dalam acara larian di Tokyo kelak berada di tahap untuk melaukan larian sepantas itu.

Untuk makluman, selain daripada memegang rekod dunia, Bolt juga memegang rekod olimpik dalam kedua-dua acara tersebut.

Bagi acara 100m, Bolt mencipta rekod larian 9.63 saat ketika menyertai Sukan Olimpik London 2012.

Manakala bagi acara 200m, Bolt mencatatkan rekod dengan catatan masa 19.30 saat ketika beraksi di temasya Sukan Olimpik Beijing 2008.

Selain daripada itu, Bolt juga merupakan pemenang 8 pingat emas hasil daripada menyertai temasya Sukan Olimpik sebanyak tiga kali.

Featured Image: Olympics

Komen