Pemenang Olimpik 2020 Perlu Kalungkan Sendiri Pingat
July 15, 2021 Hafizuddin Omar

Atlet yang memenangi sebarang acara perlu mengalungkan sendiri pingat yang dimenangi pada upacara pemberian pingat Sukan Olimpik Tokyo 2020 kelak.

Pendekatan ini dilakukan bagi mengelak daripada dijangkiti Covid-19. Hal tersebut dimaklumkan oleh Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach kepada media, semalam.

“Pingat tersebut akan diletakkan di atas dulang dan atlet akan mengambilnya sendiri.” kata Bach.

Langkah yang diambil ini juga dilihat lebih berwaspada berbanding ketika upacara penyerahan medal dan trofi pada final Euro 2020 tempoh hari.

Dapat dilihat ketika upacara tersebut, Presiden Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin berjabat tangan dengan penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma.

Pada saat ini, tuan rumah, Tokyo sedang mengalami peningkatan kes jangkitan Covid-19. Semalam, sebanyak 1149 kes baharu telah dicatatkan – tertinggi sejak 22 Januari lalu.

Terdahulu, temasya Sukan Olimpik kali ini juga tidak membenarkan sebarang penonton masuk ke mana-mana venue pertandingan untuk melihat atlet-atlet beraksi.

Featured Image: Olympics

Komen