Pemain kelahiran Amerika Syarikat berdarah Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal sekali lagi memberikan impak ketika beraksi bersama pasukannya, Rio Grande Valley (RGV Toros) dalam saingan USL Championship – Western Conference Mountain.
Dalam perlawanan menentang Orange County semalam, satu larian bijak yang dilakukannya membolehkan dia menerima bola dan membawanya ke atas sebelum melakukan satu hantaran kepada rakan sepasukannya, Juan Carlos Azocar yang tidak dikawal oleh mana-mana pemain lawan.
Juan Carlos yang menerima bola tersebut di dalam kontak penalti dengan mudahnya melakukan satu rembatan melepasi penjaga gol sekaligus meletakkan RGV Toros 1-0 mendahului seawal minit ke-2 permainan.
Bagaimanapun Wan Kuzain yang turun selaku pemain tengah di dalam perlawanan tersebut hanya bermain sehingga ke-68 namun pasukannya berjaya menggandakan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-80 dan menamatkan perlawanan tersebut dengan keputusan 2-0.
Setakat 13 perlawanan yang telah diharungi oleh RGV Toros pada musim ini, Wan Kuzain telah tampil dalam kesemua 13 perlawanan tersebut serta merekodkan tiga gol dan satu ‘assist’.
Berdasarkan pemerhatian, Wan Kuzain seringkali diturunkan selaku pemain tengah namun ada ketikanya ketua jurulatih, Wilmer Cabrera meletakkan pemain berusia 22 tahun ini sebagai sayap kanan dan kiri.
Anda boleh menonton highlight penuh perlawanan antara RGV Toros menentang Orange County pada pautan di bawah: