Artikel

Olimpik 2020: Aaron Chia-Wooi Yik Mudah Tumpaskan Beregu Korea

Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik memulakan saingan badminton beregu lelaki bagi Kumpulan D di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan langkah kanan.

Pasangan ini mudah meraih kemenangan dalam kedua-dua set (24-22, 21-15) ketika bertemu wakil Republik Korea, Choi Solgyu dan Seo Seungjae di Musashino Forest Sport Plaza.

Set pertama berlangsung dengan agak sengit dengan pasangan beregu Korea memaksa Aaron Chia dan Wooi Yik mendapatkan 24 mata sebelum mengesahkan kemenangan.

Bagaimanapun, pasangan beregu negara mula mendapatkan rentak dan menampilkan aksi yang lebih baik pada set kedua sekaligus mudah menumpaskan mereka dengan keputusan 21-15.

Perlawanan seterusnya bagi Kumpulan D, Aaron Chia-Wooi Yik akan bertemu gandingan daripada negara jiran tetangga, Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan pada 26 Julai pada pukul 6.20 petang waktu Malaysia. 

komen