Artikel

Juara Olimpik Dua Kali, Andy Murray Tarik Diri Acara Perseorangan

Pemain tenis Great Britain, Andy Murray mengumumkan menarik diri daripada acara perseorangan lelaki sekaligus tidak akan mempertahankan kejuaraannya dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Perkembangan mengenai bintang tenis berusia 34 tahun itu dimaklumkan oleh Team Great Britain setelah dia mengalami kecederaan otot menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. Keputusan itu dibuat setelah mendapat nasihat daripada staf perubatan.

Bagaimanapun, Murray akan kekal di Tokyo untuk beraksi dalam saingan beregu lelaki bersama-sama Joe Salisbury. Sebelum ini, mereka telah meraih kemenangan dalam acara pembukaan.

Untuk makluman semua, Murray mencipta sensasi dengan memenangi pingat emas berturut-turut dalam acara perseorangan lelaki pada temasya Sukan Olimpik London 2012 dan Rio 2016.

Bagi acara beregu lelaki, Murray pernah meraih satu pingat perak pada temasya Sukan Olimpik London 2012.

Featured Image: Olympics

komen