Olimpik 2020: Tiada Kilauan Pingat Daripada Pandelela & Mun Yee
July 27, 2021 Hafizuddin Omar

Tiada sebarang kilauan pingat dapat disumbangkan oleh pasangan penerjun negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee dalam acara terjun 10 meter platform berirama wanita, hari ini.

Pasangan ini mengumpul 277.98 mata secara keseluruhan daripada lima pusingan dalam acara yang berlangsung Pusat Akuatik Tokyo.

Bagaimanapun, kutipan mata itu bukan sahaja tidak membolehkan mereka untuk mencabar kedudukan tiga terbaik malahan hanya meletakkan mereka di kedudukan terakhir dalam kalangan lapan pasangan yang bertanding.

Pasangan penerjun China, Chen Yuxi dan Zhang Jiaqi muncul juara dengan kutipan 363.78 sekaligus membawa pulang pingat emas.

Manakala di tempat kedua dan ketiga adalah pasangan dari Amerika Syarikat (310.80 mata) dan Mexico (299.70 mata).

Ini bukan pengakhiran buat Malaysia untuk meraih pingat dalam acara terjun pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Untuk makluman, Pandelela akan beraksi dalam satu lagi acara berasingan iaitu terjun 10 meter platform individu.

Komen