Olimpik 2020: Beregu Lelaki, Aaron-Wooi Yik Tempah Tiket Ke Suku Akhir 
July 27, 2021 Hafizuddin Omar

Pasangan beregu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mati dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini.

Kemaraan tersebut disahkan secara rasmi selepas regu muda ini menumpaskan pasangan beregu Kanada, Jason Anthony Ho-Shue dan Nyl Yakura dengan dua ‘straight set’

Aaron dan Wooi Yik mencatatkan kemenangan dengan keputusan 21-15 pada set pertama dan 21-13 pada set kedua.

Kemenangan ini meletakkan Aaron dan Wooi Yik di tangga kedua di bawah regu Indonesia, Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan peringkat Kumpulan D.

Lawan kepada Aaron dan Wooi Yik di peringkat kalah mati akan ditentukan menerusi undian kemudian.

*Kemasikini Terkini (9.30 malam, 27 Julai)

Aaron dan Wooi Yik telah diundi menentang pasangan beregu No.1 dunia, Kevin Sanjaya dan Marcus Gideon dari Indonesia pada peringkat suku akhir.

Perlawanan ini akan dilangsungkan pada hari Khamis bertempat di Musashino Forest Sport Plaza.

Komen