Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke saingan kalah mati selepas muncul juara Kumpulan M dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Zii Jia mengesahkan kemaraan tersebut selepas mencatatkan kemenangan kedua dalam Kumpulan M dengan menumpaskan pemain Perancis, Brice Leverdez dengan kemenangan dua ‘straight set’ pada hari ini.
Set pertama dimenangi oleh Zii Jia 21-17 sementara set kedua pula disudahi dengan keputusan 21-5.
Untuk makluman, ini merupakan kali pertama atlet berusia 23 tahun kelahiran Alor Setar ini mara ke saingan kalah mati di temasya Sukan Olimpik.
Menanti Zii Jia di peringkat kalah mati adalah juara Kumpulan N iaitu pemenang pingat emas Rio 2016 dari China, Chen Long.