Bekas pemain badminton No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei sempat berseloroh kepada Lee Zii Jia agar berlatih di Melaka selepas daripada saat ini untuk memenangi pingat emas Olimpik.
Gurauan itu ditulis oleh Chong Wei kepada Zii Jia menerusi platform media sosialnya merujuk kepada kepada kejayaan atlet angkat berat wanita Filipina, Hidilyn Diaz.
Baru-baru ini, Diaz, 30 tahun menjadi bualan rakyat Malaysia apabila berjaya meraih emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan hanya berlatih di sebuah perkampungan di Jasin, Melaka.
“Maybe lepas ni cari tempat training kat Melaka. Dengar kata training kat situ boleh dapat emas Olimpik.” tulis Chong Wei, hari ini.
@leeziijia, usah kecewa sangat. It was a really good performance. Satu Malaysia tahu anda telah cuba sedaya upaya.
— Lee Chong Wei (@LeeChongWei) July 30, 2021
Yang penting, dongakkan dagu teruskan usaha. Next Olympic 3 tahun saja. Kejayaan anda bukanlah hilang, tetapi hanya di’tangguh’kan.
https://t.co/J6Q9BOZfU2 pic.twitter.com/RTTdWgOyup
Mengulas mengenai prestasi pemain muda berusia 23 tahun sepanjang beraksi di Sukan Olimpik, Chong Wei menyatakan ianya merupakan satu persembahan yang bagus.
Malahan ketika menentang juara bertahan, Chen Long, semalam, Zii Jia jelas mempunyai kelebihan daripada segi teknikal namun kekurangannya hanyalah daripada segi mental.
“Lee Zii Jia usah kecewa sangat. It was a really good performance. Satu Malaysia tahu anda telah cuba sedaya upaya.”
“Dibekalkan lebih pengalaman nanti, Chen Long pastinya sekadar lubuk untuk lu.
“Bai, Chen Long bukan calang-calang defending champion. Muka jer innocent tapi mamat tu memang ligat otak dalam penafsiran taktik pihak lawan.”
Koo Kien Kiat: Permainan Zii Jia Banyak Peningkatan, Hanya Kekurangan Pengalaman di Kejohanan Besar https://t.co/fDPBuu4Fou pic.twitter.com/xs3MqU5VY5
— Sukanz. (@sukanzcom) July 30, 2021
“Semalam (punya) game I rasa dari segi power, speed and teknik, Zii Jia memang mengatasi Chen Long.
“Mungkin yang kurang, adalah cemas pada saat-saat penting. Olimpik pertama kot, siapalah tak cemas?”
“Game Chong Wei time first Olimpik pun tak kemas.”
“Yang penting, dongakkan dagu teruskan usaha. Next Olimpik 3 tahun saja. Kejayaan anda bukanlah hilang, tetapi hanya ditangguhkan.” kata pemenangan pingat perak Olimpik sebanyak 3 kali tersebut.
Dalam perlawanan peringkat pusingan 16 semalam, Chen Long berjaya mara ke suku akhir setelah menumpaskan Zii Jia dengan keputusan 8-21, 21-19 dan 21-5 di Musashino Forest Sport Plaza.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia