Olimpik 2020: Disingkirkan Regu China, Tiada Pentas Final Buat Aaron Chia-Wooi Yik
July 30, 2021 Hafizuddin Omar

Cita-cita untuk melihat regu lelaki negera, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ke pentas final Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian sama sekali.

Rakyat Malaysia terpaksa menerima hakikat regu ini tumpas di tangan regu China yang menduduki ranking No.6 dunia, Li Jun Hui dan Liu Yu Chen.

Aaron-Wooi Yik tumpas secara dua ‘straight set’ dengan keputusan 22-24 dan 13-21.

Walaupun kempunan untuk ke pentas final, rakyat Malaysia masih boleh mengharapkan kilauan pingat gangsa daripada regu negara ini.

Mereka akan beraksi pada perlawanan penentuan medal gangsa bertemu pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan.

Perlawanan tersebut akan berlangsung pada hari esok, 31 Julai.

Komen