Olimpik 2020: Panahan ‘Perfect 10’ Korea Singkirkan Khairul Anuar
July 31, 2021 Hafizuddin Omar

Pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad terpaksa melupakan acara memanah individu Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas disingkirkan oleh pemanah Republik Korea, Kim Woo-jin pada peringkat 1/8, hari ini.

Perlawanan yang berlangsung di Yumenoshima Park Archery Field menyaksikan Woo-jin menampilkan aksi penuh cemerlang dengan meraih kemenangan dalam tiga ‘straight set’ sekaligus meraih keputusan 6-0 ke atas Khairul. 

Woo-jin yang menduduki ranking ke-4 dunia itu melakukan panahan tepat ‘Perfect 10’ ke sasaran dalam kesemua percubaannya. Hasilnya, dia meraih 90 mata secara maksimum daripada tiga set tersebut.

Khairul pula turut memberikan saingan kepada Woo-jin dengan memungut 83 mata daripada maksimum 90 mata dalam tiga set itu.

Kejayaan ini melayakkan Woo-jin mara ke peringkat seterusnya iaitu suku akhir.

Komen