Pemanah Republik Korea, Kim Woo-jin yang menyingkirkan atlet negara, Khairul Anuar Mohamad dengan markah ‘Perfect 10’ pada pusingan 16 gagal meneruskan kecemerlangannya.
Kim yang berusia 29 tahun tersebut tumpas di tangan pemanah Taiwan, Tan Chih-chun dengan keputusan 6-4 pada saingan suku akhir, yang berlangsung di Yumenoshima Archery Park, tengah hari tadi.
Jikalau diimbau prestasi Kim ketika menentang pemanah Malaysia, atlet yang menghuni ranking ke-5 dunia itu mudah menyingkirkan Khairul dengan meraih 10 mata daripada setiap panahan dalam ketiga-tiga set.

Bagaimanapun, ketika turun menentang pemanah Taiwan, Kim hanya meraih skor 10 sebanyak 5 kali sahaja daripada 5 set yang dilaluinya.
Untuk makluman semua, Tan Chih-chun adalah pemanah yang baru sahaja berusia 20 tahun dan menghuni ranking ke-64 dunia.
