Pelari Itali, Lamont Marcell Jacobs muncul pemenang bagi acara 100 meter lelaki dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Pelari berusia 26 tahun ini memenangi emas selepas menamatkan larian dengan catatan masa 9.80 saat.
Untuk makluman ini merupakan kali pertama dalam sejarah penganjuran temasya Olimpik moden, pelari dari Itali memenangi pingat emas dalam acara ini.
Menamatkan saingan di tempat kedua dan meraih pingat perak adalah pelari Amerika Syarikat, Fred Kerley yang mencatatkan masa larian 9.84 saat.
Sementara itu, di tempat ketiga dan pemenang gangsa adalah pelari Kanada, Andre de Grasse yang mencatatkan masa larian 9.89 saat.
Sebagai tambahan, ini merupakan kali pertama acara 100 meter lelaki dimenangi selain daripada pelari Jamaica, Usain Bolt yang mendominasi dalam tiga edisi Olimpik terdahulu secara berturut-turut.
Featured Image: Olympics