Pelari Jamaica, Elaine Thompson-Herah berjaya memenangi pingat emas keduanya dalam acara 200 meter (m) wanita di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Elaine, 29 tahun, merupakan penyandang juara pada edisi olimpik lalu menamatkan perlumbaan 200m pada hari ini dengan catatan masa 21.53 saat.
Menamatkan larian di tempat kedua adalah pelari Namibia, Christine Mboma yang berusia 18 tahun dengan catatan masa 21.81 saat untuk membolehkannya merangkul pingat perak.
Sementara itu, pelari Amerika Syarikat menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan catatan masa 21.87 saat sekaligus membawa pulang pingat gangsa.
Untuk makluman, ini merupakan pingat kedua buat Elaine di temasya Olimpik 2020.
Pingat pertamanya hadir setelah memenangi acara 100m wanita pada 31 Julai yang lalu.
Sebagai tambahan, Elaine juga merupakan penyandang juara bagi acara 100m pada temasya Sukan Olimpik Rio 2016.
Featured Image: Olympics