Jaguh negara, Dato’ Azizulhasni Awang meraih pingat perak pertama dalam acara berbasikal trek temasya Sukan Olimpik buat Malaysia.
Pingat perak tersebut diraih selepas muncul di tempat kedua dalam perlumbaan final keirin yang berlangsung di Izu Velodrome, Shizuoka pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini.
Pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu berjaya meraih pingat perak selepas mengatasi Harrie Lavreysen (Belanda), Matthew Glaetzer (Australia), Maximilian Levy (Jerman) dan Jair Tjon En Fa (Suriname).
Kejayaan ini memperbaiki persembahan Azizul di Rio 2016 yang meraih pingat gangsa dalam acara yang sama.
Sementara itu, penyandang juara Jason Kenny (Great Britain) tampil mempertahankan kemenangannya dengan di Rio 2016 dengan strategi mengejutkan iaitu memecut dari awal untuk muncul pelumba pertama yang melintasi garisan penamat.
Untuk makluman, ini merupakan penampilan keempat Azizul di dalam temasya Sukan Olimpik sejak menyertainya buat pertama kali pada tahun 2008.