Regu Perak Rio 2016, Goh-Tan Umum Perpisahan
August 9, 2021 Hafizuddin Omar

Pasangan regu lelaki, Goh V. Shem dan Tan Wee Kiong yang meraih pingat perak dalam acara beregu badminton lelaki di Sukan Olimpik Rio 2016 mengumumkan berpisah secara rasmi.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Wee Kiong menerusi satu muat naik di laman sosialnya, sabtu lalu.

“Terima kasih kerana bergandingan dengan saya untuk 7 tahun. Tanpa kamu, saya tidak mungkin mencapai tahap tinggi dalam karier badminton saya seperti memenangi pingat perak di Sukan Olimpik di Rio dan menjadi beregu nombor 1 di dunia.

“Saya amat berterima kasih atas sokongan yg diberikan di dalam mahupun di luar gelanggang badminton. Saya doakan agar kamu berjaya di masa hadapan. 

“Terima kasih jugak kepada penaja dan penyokong kami yang telah menaja dan menyokong kami setelah kami menjadi pemain independent.” tulis Wee Kiong di akaun Instagram rasminya.

Pasangan ini sempat beraksi di empat kejohanan pada tahun ini. Kali terakhir mereka turun beraksi adalah di kejohanan All England Open Badminton Championship 2021.

Manakala pencapaian terbaik beregu ini pada tahun ini adalah muncul naib juara di kejohanan Yonex Thailand Open, januari lalu.

Untuk rekod, sepanjang 7 tahun bersama, V. Shem dan Wee Kiong turut memenangi pingat gangsa Sukan Asia Incheon 2014 dan pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2014 serta pernah meletakkan diri sebagai regu No.1 dunia.

Featured Image: BAM

Komen