Artikel

Kelab Jepun, Vissel Kobe Ikat Seorang Lagi Bekas Pemain Barcelona

Kelab bola sepak yang beraksi dalam saingan J1 League, Vissel Kobe mengumumkan menandatangani seorang lagi bekas pemain FC Barcelona.

Menurut satu makluman menerusi laman sosialnya, pasukan yang sedang menduduki tangga ketiga J1 secara rasminya mengikat penyerang kelahiran Sepanyol berusia 30 tahun, Bojan Krkic.

Ini merupakan pemain keempat yang pernah beraksi bersama gergasi Sepanyol diikat oleh Vissel Kobe. 

Sebelum ini mereka telah mengikat pemain tengah, Andres Iniesta, pemain tengah bertahan, Sergi Samper (2018) dan pertahanan, Thomas Vermaeleen (2019).

Andres Iniesta bersama Vissel Kobe menentang JDT pada tahun 2020.
Thomas Vermaeleen mewaskili Vissel Kobe menentang JDT pada tahun 2020.

Pengalaman ketiga-tiga bekas pemain Barcelona ini telah memainkan peranan penting dalam membantu Vissel Kobe menjuarai Emperor’s Cup 2019 dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara AFC 2020.

Untuk makluman semuan, selain daripada beraksi bersama skuad yang terkenal dengan julukan Blaugrana, Bojan pernah beraksi di Liga Itali bersama AS Roma dan AC Milan. Selain itu, dia turut pernah berkelana di England bersama Stoke City.

Kelab terakhir yang disertainya sebelum diintai oleh kelab berpangkalan di negara matahari terbit ini adalah Montreal Impact yang beraksi dalam saingan Major League Soccer (MLS) di Amerika Syarikat. 

Featured Image: FC Barcelona

komen