Artikel

Australia Mahu Bida Piala Dunia FIFA 2030 Atau 2034

Badan induk bola sepak Australia, Football Australia sedang merangka perancangan untuk menganjurkan kejohanan Piala Dunia 2030 atau 2034.

Sebelum ini, mereka telah cuba untuk membida bagi menganjurkan kejohanan Piala Dunia FIFA 2022 namun ianya menemui kegagalan selepas tewas satu undi kepada Qatar.

Menurut laporan CNA yang memetik akhbar berpangkalan di Australia, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Football Australia, James Johnson percaya ianya masa yang sesuai untuk mereka mencuba sekali lagi.

Ianya selepas Australia berjaya menjadi hos bersama New Zealand bagi kejohanan Piala Dunia Wanita FIFA 2023 selain diberikan hak untuk menganjurkan temasya Sukan Olimpik 2032 di Brisbane.

Untuk makluman semua, ketika ini sebanyak tiga pakatan negara dan sebuah negara tunggal telah disahkan melakukan bidaan untuk menganjurkan kejohanan Piala Dunia pada tahun 2030.

Mereka ialah pakatan Argentina, Chile, Paraguay dan Uruguay dari benua amerika selatan. Keduanya ialah Portugal dan Sepanyol serta Bulgaria, Greece, Romania dan Serbia dari benua eropah. Terakhir ialah Maghribi satu-satunya negara tunggal dari benua afrika.

Johnson seperti mengakui tuan rumah bagi Piala Dunia 2030 akan dianjurkan di benua eropah memandangkan edisi 2022 dan 2026 masing-masing diadakan di asia dan amerika utara.

Justeru beliau melihat peluang untuk Australia untuk memenangi bidaan Piala Dunia itu lebih cerah pada edisi 2034.

komen