Artikel

Petronas Tarik Penajaan Ke Atas Sepang Racing Team Mulai 2022

Syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas akan menarik penajaan ‘title sponsorship’ ke atas pasukan Sepang Racing Team (SRT) mulai tahun 2022.

Laporan oleh motorsport.com itu turut menyebut bahawa pasukan tersebut mahu menggugurkan Petronas Sprinta Racing Team yang beraksi dalam saingan Moto2 dan Moto3 World Championship.

Ini membolehkan pasukan yang dimiliki oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu memberikan tumpuan khusus kepada pasukan yang beraksi dalam saingan MotoGP World Championship.

Untuk makluman semua, SRT melakukan penampilan pertama dalam kelas Moto3 pada tahun 2015 sebelum melebarkan sayapnya ke kelas Moto2.

Pada tahun 2019, SRT mengorak langkah memperkenalkan pasukan MotoGP selaku pasukan satelit Yamaha dengan mempertaruhkan dua pelumba muda, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

Gandingan tersebut mencetuskan sensasi dalam saingan MotoGP dan memberikan Petronas Yamaha SRT menaiki tujuh podium selain daripada bermula di petak pertama sebanyak enam kali.

Pasukan ini juga memenangi enam perlumbaan pada tahun 2020 dan Morbidelli muncul naib juara di belakang pelumba Suzuki, Joan Mir.

Featured Image: Petronas SRT

komen