Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak akan membenarkan lagi pasukan Perak FC dan Perak FC II menjalani latihan di Stadium Perak, Ipoh selepas daripada ini.
Menurut laporan Utusan Malaysia, tindakan tersebut dilakukan oleh MBI berikutan penggunaan yang kerap oleh kedua-dua pasukan untuk mengharungi saingan Liga Super dan Liga Premier pada musim ini.
“Stadium Perak hanya dibenarkan digunakan untuk perlawanan Liga Super dan Perdana.
“Untuk latihan tidak dibenarkan,” kata Pengurus Besar (GM) Perak FC, Azman Noh seperti dipetik daripada Utusan Malaysia.
Oleh demikian, pasukan yang terkenal dengan julukan The Bos Gaurus itu perlu mencari lokasi baharu untuk dijadikan padang latihan bagi kedua-dua pasukan.
Difahamkan pihak Perak FC telah melawat sebuah padang kompleks terletak di Chepor yang dimiliki oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).
Bagaimanapun, penggunaan padang tersebut perlu dibincangkan dengan lebih lanjut bersama PAFA memandangkan terdapat beberapa perkara yang memerlukan penambahbaikan.
Menurut makluman daripada Azman, padang kompleks tersebut mempunyai masalah rumput yang tidak tumbuh dengan sekata, permukaan padang yang tidak rata dan boleh menyebabkan kecederaan pemain, serta pagar yang rendah.
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!