Artikel

Hoki Piala Dunia Remaja 2021: Skuad Kebangsaan Mula Kem Latihan Hujung Ogos Ini

Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan akan memulakan kem latihan pusat pada penghujung bulan ini untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi kejohanan hoki Piala Dunia Remaja 2021 kelak.

Perkembangan ini dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Prof Dato Dr. S. Shamala. 

Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Prof Dato Dr. S. Shamala (tengah).

Difahamkan, skuad bimbingan Wallace Tan itu akan menjalani latihan secara gelembung sukan di Majlis Sukan Negara. 

“Kita akan bermula latihan secara gelembung sukan bermula hujung bulan ini bagi mengekalkan momentum mereka menjelangnya kejohanan Piala Dunia itu.

“Barisan pemain sudah bersama sejak setahun dahulu apabila mereka sebenarnya dipersiapkan untuk kejohanan hoki Asia namun kini matlamat adalah saingan Piala Dunia pula.

Ketua jurulatih hoki remaja kebangsaan, Wallace Tan.

“Saya yakin mereka mampu melakukan kejutan dan mencipta kejayaan pada kejohanan terbabit berdasarkan persediaan rapi yang dilakukan sejak setahun lalu,” katanya seperti dilaporkan oleh Harian Metro.

Untuk makluman, kejohanan hoki ini akan bermula pada 24 November hingga 5 Disember 2021 bertempat di Guwahati, India.

Skuad remaja kebangsaan berjaya mendapatkan slot ke kejohanan tersebut berdasarkan kiraan mata yang dilakukan oleh Persekutuan Hoki Asia (AHF) selepas kejohanan Hoki Piala Remaja Asia dibatalkan. 

Featured Image: MHC

komen