MotoGP: Perlumbaan di Sepang Dibatalkan & Digantikan Dengan Litar Misano
August 20, 2021 Hafizuddin Omar

Kejuaraan MotoGP Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 22 hingga 24 Oktober 2021 terpaksa dibatalkan ekoran situasi semasa pandemik Covid-19 di negara ini.

Perkara tersebut dimaklumkan secara rasmi oleh pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan badan induk serta penganjur, FIM, IRTA dan Dorna Sports menerusi pelbagai platform laman sosialnya, semalam.

“Pandemik Covid-19 yang berterusan da sekatan kemasukan ke Malaysia menyebabkan pembatalan acara ini.” tulis kenyataan tersebut.

SIC, badan induk dan penganjur berharap dapat kembali mengadakan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang pada tahun 2022.

Sehubungan itu, pihak penganjur mengumumkan Litar Misano, Itali menjadi pengganti kepada perlumbaan pada tarikh berkenaan.

Komen