Kelab yang bakal beraksi dalam saingan Liga M3, Kelab Bola Sepak Real Chukai (Real Chukai) memaklumkan telah memulakan pembinaan kafenya yang tersendiri.
Kafe tersebut bakal dibina di sebelah kiri grandstand gelanggang rasminya, Stadium Mak Chili yang bertempat di Kemaman, Terengganu.
Pembinaan kafe tersebut, kelab yang mendapat nama julukan The Achors itu bakal menambahkan satu lagi sumber pendapatannya bagi meneruskan agendanya di masa akan datang.
“Pembinaan sebuah Cafe di Mak Chili Stadium telahpun bermula dan dijangka siap dan mula beroperasi pada bulan oktober ini.
“Dengan adanya cafe ini dijangka mampu menambah lagi pendapatan kelab dan meneruskan perancangan lain yang dimasa akan datang.” tulis kenyataan kelab terbabit pada hari ini.
Menerusi kemaskini tersebut, Real Chukai turut menyertakan beberapa ilustrasi bagaimana keadaan kafe miliknya apabila siap sepenuhnya kelak.
Rekaan kafe dua tingkat tersebut cukup ringkas namun disertakan dengan ruangan makan untuk para peminat serta bakal menempatkan kedai rasmi yang akan menjual barangan kelab.